Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pengusaha Disiasat Ikut Tiga Seksyen

Diterbitkan: 19 Dec 2022 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 – Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berdepan siasatan mengikut tiga seksyen, termasuk Seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pengusaha-disiasat-ikut-tiga-seksyen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT
Hulu Selangor, 19 Disember 2022 – Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berdepan siasatan mengikut tiga seksyen, termasuk Seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyebabkan kematian tanpa niat.

Selain itu, lelaki berusia 50-an terbabit disiasat kerana menyebabkan kegusaran awam mengikut seksyen 290 kanun sama.

Dia juga berdepan siasatan mengikut Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan operasi tapak perkhemahan di lokasi projek pertanian itu tanpa lesen.

Mengikut Seksyen 304A KK, sesiapa yang menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan apa-apa perbuatan gopoh atau cuai yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah, boleh dihukum penjara selama sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, memaklumkan polis selesai merakam keterangan pengusaha tapak perkhemahan itu serta dua perkerjanya, kelmarin.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian Online.

 
ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2022 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM