
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Penggunaan Kamera Badan Tingkat Integriti Polis
Petaling Jaya, 17 Oktober 2024 - Keberkesanan penggunaan kamera badan (BWC) dalam penugasan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu meningkatkan...
Petaling Jaya, 17 Oktober 2024 - Keberkesanan penggunaan kamera badan (BWC) dalam penugasan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu meningkatkan integriti pasukan itu selain dapat melindungi petugas ketika berada di lapangan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, penggunaan BWC yang ringkas dan mudah, membantu mengesan mana-mana anggota dan pegawai yang terpalit dengan salah laku dan masalah integriti ketika, menjalankan tugas.
Katanya, setiap visual yang direkodkan akan diselia oleh penyelia dan ketua bahagian formasi masing-masing bagi memantau rakaman yang dibuat oleh petugas.
“Kamera badan ini akan digunakan sepanjang masa anggota menjalankan penugasan serta operasi harian.
“Malah, kapasiti bateri pada kamera yang mampu membuat rakaman dalam tempoh lapan ke sepuluh jam antara ciri-ciri penting bagi memastikan BWC dapat berfungsi sepanjang tempoh penugasan anggota di lapangan,” katanya di sini.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.