
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 6 Kemalangan Berlaku Setiap Hari
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Sebanyak 184 kes kemalangan disiasat membabitkan kenderaan perdagangan direkodkan sepanjang September lalu.
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Sebanyak 184 kes kemalangan disiasat membabitkan kenderaan perdagangan direkodkan sepanjang September lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, 101 kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan melulu yang melibatkan kemalangan maut.
“Kategori kenderaan perdagangan merangkumi lori kecil, treler dan lori kontena yang menjadi antara penyumbang tertinggi kes kemalangan.
“Selain itu statistik operasi Op Perdagangan yang dijalankan JSPT pada tahun ini bagi tempoh Januari hingga September merekodkan 4,822 operasi dengan 38,367 saman dikeluarkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.