
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pengasas Syarikat Penerbangan Isteri Anak Direman Kes Ubah Wang Haram
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 - Pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki mereka direman em...
Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 - Pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki mereka direman empat hari bermula semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata prosiding reman tiga beranak itu dibuat di Lokap Berpusat Jinjang di sini.
“Ketiga-tiga yang masing-masing berusia 57, 55, dan 26 tahun itu ditahan jam 5.30 petang, semalam di rumah mereka di Shah Alam, Selangor,” katanya.