
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pengasas Syarikat Penerbangan Ditahan
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023 - Punca kewangan milik pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan yang ditahan kelmarin akan disiasat.
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023 - Punca kewangan milik pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan yang ditahan kelmarin akan disiasat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana syarikat penerbangan itu tertubuh.
“Suspek dalam kes ini pernah terkait dengan kes I-Serve (I-Serve Online Mall Sdn. Bhd.) sebelum ini dan kemudian menubuhkan syarikat penerbangan, kita percaya ia saling berkait antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, pada 1 September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan enam syarikat lain di bawah Kumpulan I-Serve kerana menerima deposit tanpa lesen.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.