Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Pantu Tujuh Kumpulan Ajaran Sesat

Diterbitkan: 20 Oct 2023 3.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat berkaitan dengan isu keselamatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-pantu-tujuh-kumpulan-ajaran-sesat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:24 MYT
Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat berkaitan dengan isu keselamatan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh kumpulan itu adalah Tarekat Habib Shah, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN), Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Millah Abraham@Ibrahim, Ajaran Suhaini @ SiHulk, Nur Mutiara Mutmainnah (NMM) dan The Ahmadi Religion of Peace and Light.

Menurutnya, sepanjang 2022 hingga tahun ini 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat atau menyeleweng.

“Bagi tempoh berkenaan, 23 tangkapan dilakukan PDRM dan agensi berkaitan terhadap pemimpin dan pengikut ajaran sesat dan menyeleweng.

“Jumlah tangkapan ini membabitkan Tarekat Habib Shah sebanyak 20 tangkapan dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran Ilmu Akhir zaman, NMM dan Ajaran Suhaini @ SiHulk,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2023 3.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM