Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Penganggur Hadapi Dua Pertuduhan Hina Nabi Muhammad

Published: 05 Mar 2021 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik video jelik menghina Nabi Muhammad SAW, menerusi akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penganggur-hadapi-dua-pertuduhan-hina-nabi-muhammad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:24 MYT

Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memuat naik video jelik menghina Nabi Muhammad SAW, menerusi akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu.

N N Ravi Chandran, 53, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, Ravi Chandran didakwa secara sedar memuat naik video kenyataan yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Facebook dengan profil nama 'Ravin Narasingan' pada 28 Jun 2019.

Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini pada 5.05 petang, 15 Mei 2020.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000, atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000, bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of text

 
ArticlePublished 05 Mar 2021 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM