Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penduduk Nafi Bandar Klang Sebagai Paling Tidak Selamat Untuk Didiami Di Asia Tenggara

Diterbitkan: 06 Oct 2021 1.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengerusi Penduduk Taman Sentosa, Puan Anita Md Idris, 46, berkata, apa yang dilaporkan oleh laman sesawang tersebut tidak benar, tidak tepat dan mengelirukan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penduduk-nafi-bandar-klang-sebagai-paling-tidak-selamat-untuk-didiami-di-asia-tenggara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:39 MYT
Klang, 6 Oktober 2021 - Rata-rata penduduk di daerah ini menempelak laporan sebuah laman sesawang yang mendakwa bandar Klang sebagai kawasan paling tidak selamat untuk didiami di Asia Tenggara.

Pengerusi Penduduk Taman Sentosa, Puan Anita Md Idris, 46, berkata, apa yang dilaporkan oleh laman sesawang tersebut tidak benar, tidak tepat dan mengelirukan.

Menurutnya hubungan penduduk dengan pihak polis juga sentiasa dalam keadaan terbaik.

"Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak polis terutamanya dalam isu keselamatan,” katanya.

Pada Isnin, polis menyifatkan dakwaan sebuah laman sesawang yang mendakwa bandar Klang sebagai paling tidak selamat untuk didiami di Asia Tenggara sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Laman sesawang tersebut meletakkan Klang di tempat ketiga sebagai paling tidak selamat di Asia, di belakang dua bandar di negara bergolak iaitu Kabul, Afghanistan dan Damascus, Syria.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan data yang diperoleh daripada sumber yang tidak sahih dan tidak mewakili seluruh populasi di daerah Klang.

Dato’ Arjunaidi berkata, daerah Klang mencatatkan kadar jenayah sebanyak 163.68 kes bersamaan lapan peratus di bawah nilai ambang untuk tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person, standing and text
ArtikelDiterbitkan 06 Oct 2021 1.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM