
Article
Keratan Akhbar Pilihan Penduduk Mula Diarah Berpindah
Batu Pahat, 5 Mac 2023 - Penduduk yang terperangkap di kediaman masing-masing di Sri Medan, dekat sini, sudah diarahkan berpindah namun ada antara mereka yang...
Batu Pahat, 5 Mac 2023 - Penduduk yang terperangkap di kediaman masing-masing di Sri Medan, dekat sini, sudah diarahkan berpindah namun ada antara mereka yang enggan berbuat demikian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu, semalam.
“Kita dimaklumkan ada penduduk yang terperangkap di kawasan Sri Medan berikutan ada kawasan yang naik sehingga ke paras dada dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kita masih mengumpul data untuk mengetahui berapa ramai penduduk sebenarnya yang terjejas ketika ini.
“Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama dua buah lori pasir diarahkan ke tempat mangsa yang terperangkap untuk menyelamatkan mangsa, selain dibantu agensi-agensi lain," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya mengarahkan penduduk di kawasan itu berpindah tetapi masih ada penduduk yang memandang ringan perkara itu."
Katanya, segelintir penduduk yang menganggap situasi banjir kali ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya nasihatkan supaya penduduk dengar arahan pihak berkuasa bila diarahkan berpindah, ini bagi keselamatan mereka sendiri.
“Kalau tidak, jadi seperti ini, kita sudah arahkan mereka berpindah, tapi ada antara mereka yang enggan. Hari ini mereka pula hubungi pihak polis untuk dipindahkan," katanya.
Sumber: Harian Metro