Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Penduduk Mula Diarah Berpindah

Diterbitkan: 05 Mar 2023 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Batu Pahat, 5 Mac 2023 - Penduduk yang terperangkap di kediaman masing-masing di Sri Medan, dekat sini, sudah diarahkan berpindah namun ada antara mereka yang enggan berbuat demikian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-penduduk-mula-diarah-berpindah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:29 MYT
Batu Pahat, 5 Mac 2023 - Penduduk yang terperangkap di kediaman masing-masing di Sri Medan, dekat sini, sudah diarahkan berpindah namun ada antara mereka yang enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu, semalam.

Katanya, seramai 211 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi kini ditempatkan di Sri Medan dekat Batu Pahat untuk menyelamatkan penduduk yang masih terperangkap di kediaman masing-masing di kawasan itu.

“Kita dimaklumkan ada penduduk yang terperangkap di kawasan Sri Medan berikutan ada kawasan yang naik sehingga ke paras dada dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kita masih mengumpul data untuk mengetahui berapa ramai penduduk sebenarnya yang terjejas ketika ini.

“Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama dua buah lori pasir diarahkan ke tempat mangsa yang terperangkap untuk menyelamatkan mangsa, selain dibantu agensi-agensi lain," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengarahkan penduduk di kawasan itu berpindah tetapi masih ada penduduk yang memandang ringan perkara itu."

Katanya, segelintir penduduk yang menganggap situasi banjir kali ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Saya nasihatkan supaya penduduk dengar arahan pihak berkuasa bila diarahkan berpindah, ini bagi keselamatan mereka sendiri.

“Kalau tidak, jadi seperti ini, kita sudah arahkan mereka berpindah, tapi ada antara mereka yang enggan. Hari ini mereka pula hubungi pihak polis untuk dipindahkan," katanya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 4 people and text that says 'PEMANDANGAN udara menunjukkan jalan tidak dapat Johor.- AFP Penduduk mula diarah berpindah untuk pihaknya r
ArtikelDiterbitkan 05 Mar 2023 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM