Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pendidikan Sejak Awal Penting Untuk Bentuk Disiplin

Diterbitkan: 23 Jan 2026 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tapah, 23 Januari 2026 - Usaha memperkukuh pencegahan jenayah dan aspek keselamatan di sekolah terus menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelaksanaan Inisiatif Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sejak 2018, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pendidikan-sejak-awal-penting-untuk-bentuk-disiplin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:26 MYT
Tapah, 23 Januari 2026 - Usaha memperkukuh pencegahan jenayah dan aspek keselamatan di sekolah terus menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelaksanaan Inisiatif Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sejak 2018, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, inisiatif yang dilaksanakan melalui Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan menangani isu keselamatan pada peringkat sekolah secara menyeluruh dan berstruktur.

Beliau berkata, PPS turut berperanan sebagai penghubung utama antara pihak polis dengan warga sekolah selain menyampaikan pendidikan pencegahan awal, meningkatkan kesedaran undang-undang dalam kalangan pelajar serta membina hubungan kepercayaan yang erat antara PDRM dengan komuniti sekolah.

“PDRM memandang serius isu seperti buli, keganasan di sekolah, penyalahgunaan dadah, kes jenayah juvana serta pengaruh negatif media sosial yang boleh menjejaskan keselamatan dan masa depan anak-anak.

“Namun, suka saya ingatkan keselamatan sekolah bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara guru, ibu bapa, murid, komuniti setempat dan pihak polis agar langkah pencegahan dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya pada Program Back To School Bersama KPN di Sekolah Kebangsaan Bidor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2026 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM