Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pencerobohan Tanduo Kutip Mayat Rakan Paling Menyedihkan

Diterbitkan: 02 Mar 2023 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 2 Mac 2023 - Ketika hendak mengangkat mayat, hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati melihat wajah rakan seperjuangan dibunuh kejam oleh kumpulan pengganas Sulu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pencerobohan-tanduo-kutip-mayat-rakan-paling-menyedihkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Kota Kinabalu, 2 Mac 2023 - Ketika hendak mengangkat mayat, hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati melihat wajah rakan seperjuangan dibunuh kejam oleh kumpulan pengganas Sulu.

Itu antara detik menyedihkan yang dialami oleh pesara polis, Sarjan Jamaludin V.A Abdullah, 55, semasa bertugas mengeluarkan mangsa terkorban dari Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 10 tahun yang lalu.

Walaupun bukan petugas barisan hadapan yang bertempur dengan kumpulan pengganas Sulu, Sarjan Jamaludin menyimpan sedikit kenangan bersama Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran ketika ditugaskan di Semporna sebelum serangan hendap berlaku pada 2 Mac 2013 sehingga mengorbankan enam anggota Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bayangkan mayat anggota keselamatan ditembak dan dikerat dengan kejam. Sambil memungut mayat, mata saya tengok sekeliling kerana bimbang jika ada penembak tepat.
“Semasa memungut satu mayat, anggota badan sudah terpisah. Apabila melihat wajah mangsa, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya pada masa itu,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of text that says 'KINABALU: Ketika hendak betapa luluhnya dikerat dengan kejam. Sambil Pencerobohan Tanduo: Kutip mayat rakan paling menye
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2023 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM