
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pereka Dalaman Dituduh Hina Agong
Ampang, 2 Mac 2023 - Pereka dalaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menghasut dan memuat naik hantaran jelik berkaitan Yang...
Ampang, 2 Mac 2023 - Pereka dalaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan menghasut dan memuat naik hantaran jelik berkaitan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di laman sosial Instagram pada November tahun lalu.
Berikutan kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(9) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pilihan, dia didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan akaun bernama williamkhor87 di Instagram.
Hantaran itu dibaca pada jam 8 malam, 21 November lalu di lokasi sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun dengan denda sehingga RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.