
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pencerobohan Tanduo Kutip Mayat Rakan Paling Menyedihkan
Kota Kinabalu, 2 Mac 2023 - Ketika hendak mengangkat mayat, hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati melihat wajah rakan seperjuangan dibunuh kejam oleh kump...
Kota Kinabalu, 2 Mac 2023 - Ketika hendak mengangkat mayat, hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati melihat wajah rakan seperjuangan dibunuh kejam oleh kumpulan pengganas Sulu.
Itu antara detik menyedihkan yang dialami oleh pesara polis, Sarjan Jamaludin V.A Abdullah, 55, semasa bertugas mengeluarkan mangsa terkorban dari Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 10 tahun yang lalu.
Walaupun bukan petugas barisan hadapan yang bertempur dengan kumpulan pengganas Sulu, Sarjan Jamaludin menyimpan sedikit kenangan bersama Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran ketika ditugaskan di Semporna sebelum serangan hendap berlaku pada 2 Mac 2013 sehingga mengorbankan enam anggota Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Bayangkan mayat anggota keselamatan ditembak dan dikerat dengan kejam. Sambil memungut mayat, mata saya tengok sekeliling kerana bimbang jika ada penembak tepat.
“Semasa memungut satu mayat, anggota badan sudah terpisah. Apabila melihat wajah mangsa, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.