Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pencemaran Sungai Polis Temui 40 Tong Bahan Buangan Berjadual

Diterbitkan: 12 Nov 2020 3.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Rawang, 12 November 2020 - Polis menemui 40 tong, dipercayai berisi kira-kira 40,000 liter bahan buangan berjadual, dalam sebuah premis yang dikaitkan sebagai punca pencemaran Sungai Selangor dekat Jalan Velox 2 di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pencemaran-sungai-polis-temui-40-tong-bahan-buangan-berjadual
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:21 MYT

Rawang, 12 November 2020 - Polis menemui 40 tong, dipercayai berisi kira-kira 40,000 liter bahan buangan berjadual, dalam sebuah premis yang dikaitkan sebagai punca pencemaran Sungai Selangor dekat Jalan Velox 2 di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe, berkata siasatan awal mendapati premis itu disewa oleh suspek wanita yang direman pagi semalam, sejak dua minggu lalu dengan bayaran sewa RM3,800 sebulan.

"Setiap tong berkapasiti 1,000 liter. Kita masih menunggu perincian lanjut mengenai bahan yang ditemui daripada Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini, polis percaya premis itu dijadikan sebagai tempat membuang sisa kimia ke dalam satu lubang kumbahan disyaki terus mengalir ke kawasan tercemar di loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox, Rawang.

"Berdasarkan siasatan, kami tidak menolak kemungkinan ada unsur sabotaj dalam kejadian ini. Siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan sedang dijalankan," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan premis itu, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: one or more people, text that says 'Rawang: menemui 0tong. iberisi berjadual Sungai pencema Daerah Gom- Polis temui 40 tong bahan buanga
ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2020 3.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM