Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pencapaian Koperal Azhar Amat Membanggakan

Published: 14 Jan 2025 7.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 14 Januari 2025 - Menteri Sumber Manusia, Tuan Steven Sim Chee Keong mencuri tumpuan ramai apabila sempat meluangkan masa meraikan polis pengiringnya, Koperal Muhammad Azhar Roslan yang baru bergelar siswazah. Beliau berkata, pencapaian Koperal Azhar amat membanggakan meskipun mengambil masa lima tahun untuk menghabiskan pengajian dalam bidang ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pencapaian-koperal-azhar-amat-membanggakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT
Shah Alam, 14 Januari 2025 - Menteri Sumber Manusia, Tuan Steven Sim Chee Keong mencuri tumpuan ramai apabila sempat meluangkan masa meraikan polis pengiringnya, Koperal Muhammad Azhar Roslan yang baru bergelar siswazah.
Beliau berkata, pencapaian Koperal Azhar amat membanggakan meskipun mengambil masa lima tahun untuk menghabiskan pengajian dalam bidang ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

Menurut Tuan Steven, meskipun sibuk bertugas dan dalam masa sama perlu belajar, pemuda tersebut tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Beribu-ribu tahniah buat Koperal Azhar yang sudah bergelar siswazah. Dia berjaya menamatkan ijazah dengan keputusan cemerlang.

“Daripada dulu tak dapat masuk universiti kerana kekangan kewangan, kerja keras setiap hari sambil ambil kursus di Universiti Utara Malaysia, sekarang sudah graduasi.
“Koperal Azhar polis pengiring saya. Saya berasa amat bangga sekali, jalan terus!" katanya menerusi hantaran di X pada Ahad.

Menerusi video berdurasi satu minit 19 saat yang dimuat naik beliau, rakan sekerja Kementerian Sumber Manusia juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Koperal Azhar.

Dalam pada itu, warga maya turut memuji tindakan menteri berkenaan yang tidak kekok menyantuni pekerja, bahkan sudi meluangkan masa untuk meraikan mereka.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 14 Jan 2025 7.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM