Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pemuda Ditahan Ugut Sebar Video Intim Bekas Kekasih

Published: 12 Dec 2022 1.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gombak, 12 Disember 2022 – Seorang pempengaruh media sosial diberkas gara-gara mengugut mahu menyebarkan video intim bekas kekasihnya pada Jumaat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemuda-ditahan-ugut-sebar-video-intim-bekas-kekasih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:38 MYT
Gombak, 12 Disember 2022 – Seorang pempengaruh media sosial diberkas gara-gara mengugut mahu menyebarkan video intim bekas kekasihnya pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan polis dibuat seorang wanita pada 7 Disember lalu, kira-kira jam 5.40 petang berkaitan kejadian.

Menurutnya, mangsa berumur 21 tahun itu mendakwa menerima ugutan daripada bekas teman lelakinya berumur 22 tahun sejak tahun 2020.
“Siasatan dijalankan mendapati pada 19 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang, suspek menghantar pesanan menerusi WhatsApp mengajak mangsa keluar pada jam 11 malam.

“Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan suspek itu yang kemudiannya mengugut mahu menyebarkan video mangsa bersamanya melakukan hubungan terlarang di media sosial,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau memberitahu, siasatan polis membawa kepada penangkapan suspek pada Jumaat dan lelaki terbabit direman selama empat hari.

Sumber: Sinar Harian

 
ArticlePublished 12 Dec 2022 1.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM