Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pembinaan Tembok Penggunaan Ai Kukuh Kawalan Sempadan

Published: 20 Jan 2025 7.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 20 Januari 2025 - Pembinaan tembok sempadan mengikut ketinggian bersesuaian diperlukan bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pembinaan-tembok-penggunaan-ai-kukuh-kawalan-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT
Kangar, 20 Januari 2025 - Pembinaan tembok sempadan mengikut ketinggian bersesuaian diperlukan bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negeri ini.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim berkata, pembinaan tembok tersebut perlu memandangkan tempoh ketahanannya yang lama dan kos penyelenggaraan juga rendah.

Katanya, apabila tembok berkenaan dibina, keselamatan boleh diperkemaskan lagi dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), selain kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak akan dirosakkan.

“Sebelum ini, banyak berlaku CCTV di kawasan sempadan dirosakkan penjenayah malah ada yang ditembak dan sebagainya,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 20 Jan 2025 7.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM