Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pemandu Warga Singapura Sering Pandu Melebihi Had Laju Potong Barisan Pengarah Jspt

Published: 08 Apr 2022 8.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2022 - Pandu melebihi had laju dan potong barisan. Itu antara kesalahan yang sering dilakukan pemandu warga Singapura ketika memandu di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemandu-warga-singapura-sering-pandu-melebihi-had-laju-potong-barisan-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:07 MYT
Kuala Lumpur, 8 April 2022 - Pandu melebihi had laju dan potong barisan. Itu antara kesalahan yang sering dilakukan pemandu warga Singapura ketika memandu di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, bagi tempoh dari tahun 2016 hingga 2021, sebanyak 7,386 saman dikeluarkan terhadap pemandu Singapura berkaitan memandu melebihi had laju.
Katanya, selain itu, JSPT turut mengeluarkan saman terhadap kesalahan potong barisan dengan 3,952 saman dikeluarkan.
"Kesalahan lain yang sering dilakukan ialah mengabaikan isyarat lalu lintas dengan 1,387 saman dikeluarkan.
"Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak mematuhi lampu isyarat juga mencatatkan kesalahan tertinggi," katanya.
“Semua saman yang dikeluarkan ini boleh dibayar menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman yang diaktifkan pada 25 Mac 2021 sebagai platform bayaran saman dan boleh digunakan oleh warganegara Singapura bagi menjelaskan saman mereka.
"Portal MyBayar Saman boleh diakses melalui https://mybayar. rmp.gov. my manakala aplikasi 'mobile' boleh dimuat turun melalui platform Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 08 Apr 2022 8.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM