Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pemandu E Hailing Didenda Hina Agong Lagi

Diterbitkan: 08 Apr 2021 9.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2021 - Seorang pemandu e-hailing yang pernah didenda RM16,000 kerana membuat komunikasi jelik terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah didenda sekali lagi RM7,000 atas kesalahan sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemandu-e-hailing-didenda-hina-agong-lagi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT

Kuala Lumpur, 8 April 2021 - Seorang pemandu e-hailing yang pernah didenda RM16,000 kerana membuat komunikasi jelik terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah didenda sekali lagi RM7,000 atas kesalahan sama.

Sufazrin Amin Ismail, 27, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen di sini, M.M Edwin Paramjothy.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti orang lain melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil "Fazr Ismail".

Hantaran dibuat di antara pukul 1.55 petang pada 6 Januari 2020 kemudian dibaca pada 8 Januari 2020 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran

ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2021 9.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM