Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pemalsuan Laporan Ujian Covid 19 Kkm Pdrm Bekerjasama Kesan Dalang

Diterbitkan: 17 Dec 2020 2.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 17 Disember 2020 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Sumber Manusia bagi menyiasat kes pemalsuan laporan ujian COVID-19 yang didedahkan sebuah klinik swasta di Rawang, Selangor seperti dilaporkan media semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pemalsuan-laporan-ujian-covid-19-kkm-pdrm-bekerjasama-kesan-dalang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:26 MYT
#PKPP #COVID-19

Putrajaya, 17 Disember 2020 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Sumber Manusia bagi menyiasat kes pemalsuan laporan ujian COVID-19 yang didedahkan sebuah klinik swasta di Rawang, Selangor seperti dilaporkan media semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan berterima kasih kepada Pengasas SP Care, Dr. Sathia Prakash Nadarajan yang membuat laporan polis berhubung perkara terbabit.

"Polis mempunyai kebolehan risikan yang hebat bagi menyiasat kes ini. Pada masa sama, kita (kementerian) akan memastikan makmal swasta yang digunakan untuk menjalankan ujian bagi kementerian menjalani audit berkala untuk memastikan ujian yang dijalankan memenuhi piawaian," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di negara ini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam mengenai sebuah klinik swasta di Rawang mendakwa berlaku pemalsuan laporan ujian COVID-19 yang dijalankan di klinik itu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2020 2.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM