
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pemain Import Pdrm Fc Teruja Nikmat Berpuasa
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Pengalaman berpuasa kali pertama pada Selasa lalu sememangnya sukar namun saat menghirup segelas air ketika tiba waktu berbuka nyat...
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Pengalaman berpuasa kali pertama pada Selasa lalu sememangnya sukar namun saat menghirup segelas air ketika tiba waktu berbuka nyata memberi kenikmatan dan sukar digambarkan.
Itu antara saat paling tidak akan dilupakan pemain import Polis Diraja Malaysia, PDRM (FC), Bruno Suzuki yang berkongsi pengalaman pada satu ketika berhasrat untuk berpuasa setengah hari.
“Ini pengalaman pertama saya berpuasa selaku saudara baharu selepas memeluk agama Islam tahun lalu. Sebelum masuk Islam, saya selalu melihat rakan-rakan sepasukan berpuasa di bulan Ramadan.
“Tapi kali ini saya berpeluang melaksanakannya dan ia pengalaman baharu buat saya. Terus terang saya katakan, memang nikmat rasanya apabila dapat berbuka dengan meminum air untuk membatalkan puasa dan selepas itu saya memakan kurma. Saya tak pernah rasa senikmat itu, inilah orang kata nikmat apabila berpuasa.
“Saya memang gembira dapat berpuasa penuh pada hari pertama (Selasa lalu), dan saya mahu terus berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.