Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pelajar Universiti Eksploitasi Dua Kanak Kanak Ditahan

Published: 20 Jun 2025 8.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.56 PM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 - Tindakan seorang pelajar sebuah universiti memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya mengundang padah apabila ditahan dalam Op Pedo, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pelajar-universiti-eksploitasi-dua-kanak-kanak-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:18 MYT
Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 - Tindakan seorang pelajar sebuah universiti memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya mengundang padah apabila ditahan dalam Op Pedo, baru-baru ini.

Siasatan mendapati perbuatan terkutuk itu dilakukan sendiri oleh suspek berusia 20 tahun membabitkan dua mangsa kanak-kanak tempatan dan ada yang dimuat turun dari internet.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek di Johor pada 29 April lalu.

Menurutnya, tangkapan dibuat hasil kerjasama dengan Google di mana serbuan dilakukan Unit Malaysia Internet Crime Against Children, JSJ Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 5,000 CSAM dan bahan lucah dewasa di dalam peranti milik suspek dipercayai dimuat turun dari internet selain disyaki dihasilkan membabitkan dua mangsa kanak-kanak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 20 Jun 2025 8.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.56 PM