Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pelajar Kolej Antara Empat Ditahan Dadah Rm13 26 Juta Dirampas

Published: 09 Dec 2022 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 9 Disember 2022 - Seorang pelajar kolej swasta antara empat lelaki ditahan dalam serbuan serta rampasan melibatkan dadah jenis Syabu bernilai RM13.26 juta di parkir sebuah pasar raya dan sebuah unit kondominium di Putrajaya di sini, pada Isnin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pelajar-kolej-antara-empat-ditahan-dadah-rm13-26-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:04 MYT
Shah Alam, 9 Disember 2022 - Seorang pelajar kolej swasta antara empat lelaki ditahan dalam serbuan serta rampasan melibatkan dadah jenis Syabu bernilai RM13.26 juta di parkir sebuah pasar raya dan sebuah unit kondominium di Putrajaya di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek diberkas menerusi serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira jam 1.40 petang.

Menurutnya, dalam serbuan pertama di parkir sebuah pasar raya itu, empat suspek berumur antara 22 hingga 37 tahun diberkas.

“Ketika serbuan, suspek sedang memindahkan dadah di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.

“Namun kehadiran polis menggagalkan urusan tersebut dan 350 bungkusan plastik teh Cina mengandungi dadah jenis Syabu dengan anggaran berat keseluruhan 355.75 kilogram dirampas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, pada Khamis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 4 people and text

ArticlePublished 09 Dec 2022 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM