Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pelacur 57 Tahun Ditahan Polis

Diterbitkan: 02 Feb 2023 5.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 2 Februari 2023 - Meskipun sudah berusia 57 tahun, seorang wanita tempatan masih aktif melakukan aktiviti pelacuran sebelum ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pelacur-57-tahun-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:26 MYT
Kuala Lumpur, 2 Februari 2023 - Meskipun sudah berusia 57 tahun, seorang wanita tempatan masih aktif melakukan aktiviti pelacuran sebelum ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi , ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menjalankan Op Noda di lokasi terbabit jam 1.30 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis menahan lima wanita terdiri daripada dua warga asing berusia antara 32 hingga 36 tahun serta tiga wanita tempatan berusia 36 hingga 57 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Turut ditahan seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai penjaga premis dalam serbuan berkenaan.

“Selain itu, polis turut merampas 454 kondom, 35 gulung tisu serta wang tunai berjumlah RM300.

“Semua suspek direman selama empat hari sehingga 3 Februari nanti untuk siasatan mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(i)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2023 5.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM