Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pekerja Kilang Didenda Hina Agong Pemimpin

Diterbitkan: 14 Dec 2022 7.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 14 Disember 2022 - Seorang pekerja kilang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam kerana menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong serta dua pemimpin tertinggi negeri ini pada April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pekerja-kilang-didenda-hina-agong-pemimpin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:30 MYT
Melaka, 14 Disember 2022 - Seorang pekerja kilang didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam kerana menghina Agong dan Raja Permaisuri Agong serta dua pemimpin tertinggi negeri ini pada April lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman denda itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Ronney Soo Eng Lee, 44, dan mensabitkannya dengan pertuduhan, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Beliau memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dengan percakapan jelik sehingga mendatangkan marah kepada Kamal Bashah Jantan, 52, (pengadu) serta mengetahui ia mungkin boleh memecahkan keamanan awam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2022 7.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM