
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Wanita Hina Anggota Bawahan Ditahan
Kuala Lumpur, 19 Jun 2023 - Pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahan sebelum klip video insiden itu tular sejak Khamis lalu, semalam ditahan...
Kuala Lumpur, 19 Jun 2023 - Pegawai polis wanita yang dirakam menghina anggota bawahan sebelum klip video insiden itu tular sejak Khamis lalu, semalam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya.
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pegawai itu dipanggil kali pertama kelmarin ke IPD berkenaan berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu dan semalam, sekali lagi dia hadir di IPD sama.
“Semalam (kelmarin) dia dipanggil (ke IPD Gombak) dan hari ini (semalam), dia ditahan di IPD berkenaan berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.