Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Atasan Pdrm Boleh Diambil Tindakan Jika Gagal Menyelia Kpn

Published: 31 Aug 2023 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 - Mana-mana pegawai yang dikesan gagal menyelia anggota bawahan sehingga berlakunya pelanggaran salah laku dalam menjalankan atau terlibat isu integriti boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pegawai-atasan-pdrm-boleh-diambil-tindakan-jika-gagal-menyelia-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT
Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 - Mana-mana pegawai yang dikesan gagal menyelia anggota bawahan sehingga berlakunya pelanggaran salah laku dalam menjalankan atau terlibat isu integriti boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Itu penegasan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bagi mengatasi masalah isu integriti membabitkan pegawai dan anggota polis.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, pegawai atau penyelia turut bertanggungjawab dalam mengawal atau mengawasi anggota bawahan dan bukannya meletakkan sepenuhnya kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM (JIPS).

Berikutan itu, katanya, melalui Peraturan 3c (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam) Kelakuan Tatatertib 1993, penyelia atau pegawai atasan perlu melaksanakan pemantauan sebagai mekanisme semak dan imbang.
“Mereka (pegawai) bertanggungjawab menjalankan pengawasan tatatertib ke atas anggota bawahan serta mengambil tindakan sesuai dengan segera mungkin, bergantung kepada kesalahan dilakukan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib terhadap pelanggaran salah laku termasuk kegagalan dalam menyelia,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 31 Aug 2023 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM