Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Anggota Cipta Bot Penyelamat

Diterbitkan: 05 Sep 2022 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Terengganu, 5 September 2022 - Sekumpulan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) HULU TERENGGANU menampilkan kreativiti apabila menghasilkan kenderaan dua alam atau bot Amphibia Qber II untuk membantu dalam menyelamatkan mangsa banjir di daerah berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pegawai-anggota-cipta-bot-penyelamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT
Hulu Terengganu, 5 September 2022 - Sekumpulan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) HULU TERENGGANU menampilkan kreativiti apabila menghasilkan kenderaan dua alam atau bot Amphibia Qber II untuk membantu dalam menyelamatkan mangsa banjir di daerah berkenaan.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, bot Amphibia Qber II yang dibina dengan kos lebih RM10,000 itu mampu beroperasi di daratan mahupun di air terutama kegunaan untuk musim banjir.

Menurutnya, produk inovasi yang dihasilkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPD Hulu Terengganu amat praktikal untuk digunakan di kawasan kampung yang mempunyai laluan sempit kerana saiz bot yang dibina lebih kecil.

“Umum sedia maklum daerah (Hulu Terengganu) ini sering kali dilanda banjir apabila tiba musim tengkujuh dan Amphibia Qber II adalah produk kedua yang dihasilkan oleh KIK IPD Hulu Terengganu.

“Produk pertama yang dihasilkan sebelum ini perlu ditarik oleh pacuan empat roda, namun bot ini hanya ditarik dengan menggunakan All Terrain Vehicle (ATV),” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people and text that says 'Polis Daerah (IPD) Terengganu menampil- kreativiti meng- hasilkan kenderaan atau Amphibia Ober RM10,000 ropKeratan Akhbar Pilihan Pegawai Anggota Cipta Bot Penyelamat
 
ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2022 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM