Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pedofilia Makin Aktif Di Internet

Published: 07 Apr 2022 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia melahirkan kebimbangan berhubung jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia yang semakin berkembang akhir-akhir ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pedofilia-makin-aktif-di-internet
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:56 MYT
Polis Diraja Malaysia melahirkan kebimbangan berhubung jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau pedofilia yang semakin berkembang akhir-akhir ini.

Ini berikutan terdapat peningkatan carian internet membabitkan pornografi kanak-kanak yang dipercayai pencarian tersebut dilakukan oleh golongan pedofilia yang ingin merangsang nafsu seksual diri mereka sendiri.

Penjenayah pedofilia itu kemudian didapati aktif mencari mangsa menerusi laman-laman sosial tanpa mengira jantina mangsa sama ada lelaki atau perempuan yang rata-rata berusia di bawah 13 tahun.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan jenayah pedofilia dan peranan ibu bapa dalam menangani kewujudan jenayah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Pedofilia makin aktif di internet Polis kesan carian laman web pornograf kanak-kanakmeningkat P kebimbanga
ArticlePublished 07 Apr 2022 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM