Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pedofilia Guna Media Sosial Jerat Kanak Kanak

Published: 15 Jul 2023 3.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Berkenalan dengan kanak-kanak perempuan di plattorm media sosial dan mempengaruhi mereka untuk melakukan hubungan seks. Trend itu didapati semakin berkembang dan membimbangkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pedofilia-guna-media-sosial-jerat-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:32 MYT
Berkenalan dengan kanak-kanak perempuan di plattorm media sosial dan mempengaruhi mereka untuk melakukan hubungan seks. Trend itu didapati semakin berkembang dan membimbangkan.

Golongan lelaki hidung belang itu akan memujuk mangsa dengan kata-kata indah dan mengaburi mata mereka dengan hadiah sebelum mangsa didedahkan dengan perlakuan lucah.

Kanak-kanak yang mempunyai sitat ingin tahu, kemudian berani untuk mengakses laman web yang memaparkan aksi lucah dan melihat gambar tidak senonoh sehingga ketagihan.

Pelaku kemudian mengambil kesempatan berjumpa dengan mangsa yang akhirnya menjebakkan mereka kepada perlakuan seks bebas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam kejadian ini, pelaku atau suspek akan mengambil kesempatan dengan merakam perlakuan seks mereka, sama ada untuk tujuan kewangan mahupun peribadi.

Menurutnya, bagi tempoh dua tahun iaitu 2021 dan 2022, sebanyak 3,360 kes rogol dilaporkan.

Ikuti temu bual eksklusif bersama ACP Siti Kamsiah Hassan yang mengupas secara lanjut mengenai pelaku pedofilia menggunakan media sosial bagi menjerat kanak-kanak untuk melakukan hubungan seks menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text

May be an image of 10 people and text that says 'bersalah Mahkamah Majistret anak remaja engaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen Disembe merogol seorang bawa
ArticlePublished 15 Jul 2023 3.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM