Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pedo Intip Media Sosial Mangsa

Published: 24 Jun 2025 3.09 AM Updated: 15 Aug 2026 7.56 PM
Shah Alam, 24 Jun 2025 - Pengintipan digital melalui tag lokasi dan media sosial antara taktik penjenayah pedofilia mencari kanak-kanak untuk dijadikan mangsa seksual.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pedo-intip-media-sosial-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:58 MYT
Shah Alam, 24 Jun 2025 - Pengintipan digital melalui tag lokasi dan media sosial antara taktik penjenayah pedofilia mencari kanak-kanak untuk dijadikan mangsa seksual.

Bukan itu sahaja, suspek juga akan menyasarkan kanak-kanak rentan seperti yang tinggal bersendirian, menghadapi masalah keluarga atau kurang pengawasan.

Malah, plattorm media sosial atau aplikasi mesej akan ‘digunakan' sebaiknya oleh pelaku untuk mendekati kanak-kanak ini hingga terbina kepercayaan serta hubungan sebelum terjerumus dengan perbualan seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, bagi tempoh tahun 2021 hingga Mei lalu, sebanyak 276 kes berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) direkodkan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, statistik kes bagi kandungan CSAM secara dalam talian mencatatkan 170 kes.

“Modus operandi suspek antaranya grooming dalam talian iaitu menggunakan plattorm media sosial, permainan dalam talian atau aplikasi mesej untuk mendekati kanak-kanak.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
 
 
ArticlePublished 24 Jun 2025 3.09 AMUpdated 15 Aug 2026 7.56 PM