Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pecah Rumah Dan Curi Kes Tertinggi Melibatkan Warga Asing Pengarah Jsj

Diterbitkan: 30 Jan 2023 3.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 30 Januari 2023 – Warga asing Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina dikesan merekodkan jumlah tertinggi tangkapan polis dan kes jenayah di negara ini berbanding pendatang asing lain.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pecah-rumah-dan-curi-kes-tertinggi-melibatkan-warga-asing-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:13 MYT
Kuala Lumpur, 30 Januari 2023 – Warga asing Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina dikesan merekodkan jumlah tertinggi tangkapan polis dan kes jenayah di negara ini berbanding pendatang asing lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, mengikut statistik sejak 2016 hingga 2022, seramai 52,381 warga asing ditahan kerana melakukan jenayah kekerasan dan harta benda di negara ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu 19,702 diikuti Myanmar (7,592), Bangladesh (7,057) dan Filipina (6,148).
“Pecah rumah dan curi merekodkan jumlah kes tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu 14,040 kes bagi jenayah harta benda manakala bagi jenayah kekerasan pula samun berkawan tanpa senjata api merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,754 kes.
“Ini diikuti kes bunuh sebanyak 2,195 kes," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2023 3.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM