
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Utarakan Pelbagai Isu Berkaitan Jenayah Rentas Sempadan
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM UTARAKAN PELBAGAI ISU BERKAITAN JENAYAH RENTAS SEMPADAN
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2024 - Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutarakan pelbagai isu berkaitan jenayah rentas sempadan pada Persidangan Aseanapol ke-42 di Pusat Konvensyen 1 di Nay Pyi Taw, Myanmar pada Selasa lalu.
Diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, delegasi negara menyertai Persidangan Head of Delegation (HOD) Forum dan HOD Discussion with Dialogue Partners.
JSJK dalam satu hantaran di Facebook berkata, persidangan selama lima hari bermula Isnin lalu hingga hari ini adalah platform terbaik bagi berkongsi isu berhubung jenayah rentas sempadan.
“Antara isu utama termasuk penyeludupan dadah, jenayah siber, keganasan dan penyeludupan hidupan liar, serta pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara,” kata hantaran itu, kelmarin.
Persidangan itu dihadiri pegawai-pegawai kanan polis daripada negara-negara Asean iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.