Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Usaha Percepat Operasi Selamat Mangsa

Diterbitkan: 07 Apr 2022 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 April 2022 - Bukan hanya di Kemboja, malah ramai rakyat Malaysia kini dijadikan tawanan sindiket penipuan antarabangsa di Mae Sot, Thailand, Vientiane, Laos dan Kayin State, Myanmar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-usaha-percepat-operasi-selamat-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2022 - Bukan hanya di Kemboja, malah ramai rakyat Malaysia kini dijadikan tawanan sindiket penipuan antarabangsa di Mae Sot, Thailand, Vientiane, Laos dan Kayin State, Myanmar.

Sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan membabitkan aktiviti sindiket pemerdagangan orang yang aktif menjerat dan mengeksploitasi mangsa sebagai buruh paksa sebelum dikurung dengan kawalan ketat di empat negara itu.

Kegiatan sindiket itu dikesan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menerusi enam laporan polis yang diterima sejak 2021 sehingga Mac lalu.

Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, PDRM usaha percepat operasi selamat mangsa terdapat 26 mangsa terdiri daripada 24 lelaki dan dua wanita yang masih memerlukan bantuan untuk diselamatkan daripada sindiket berkenaan.

Beliau berkata, PDRM percaya masih terdapat ramai lagi mangsa dalam tawanan sindiket itu yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2022 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM