Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tunggu Maklumat Lanjut Penahanan Suspek

Published: 13 Jan 2022 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lanjut daripada pelbagai pihak di dalam dan luar negara, berhubung kes pembunuhan imam yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, di ibu kota pada 2018.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tunggu-maklumat-lanjut-penahanan-suspek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lanjut daripada pelbagai pihak di dalam dan luar negara, berhubung kes pembunuhan imam yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, di ibu kota pada 2018.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata pihak terbabit meliputi pihak berkuasa Palestin, Kedutaan Palestin di Malaysia, Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan lain-lain agensi berkaitan.

"Kita masih menunggu maklumat daripada pihak berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Kita percaya maklumat berkenaan akan dapat memberi sedikit pencerahan terhadap insiden terbabit," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Program Pendidikan dan Kemahiran Awal Murid Autisme di Pusat Autisme PDRM, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text that says 'Kes bunuh pensyarah Palestin PDRM tunggu maklumat lanjut penahanan suspek Maklumat dalam, luar negara bantu
ArticlePublished 13 Jan 2022 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM