Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tukar Modul Kursus Latihan Lapuk Kpn

Published: 03 Aug 2023 4.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula modul latihan dan kursus pegawai dan anggotanya untuk ditambah baik seiring perkembangan teknologi dan cabaran jenayah masa kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tukar-modul-kursus-latihan-lapuk-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula modul latihan dan kursus pegawai dan anggotanya untuk ditambah baik seiring perkembangan teknologi dan cabaran jenayah masa kini.
Pengambilan anggota dan pegawai baharu PDRM juga akan diberi keutamaan 20 peratus calon mempunyai latar belakang berkaitan asas teknologi dan kejuruteraan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan itu dilakukan selepas modul latihan sedia ada dilihat 'lapuk' dan ketinggalan untuk menangani siasatan jenayah yang makin kompleks masa kini.
Menurut beliau, proses mengemas kini itu akan melihat perubahan sekurang-kurangnya 50 peratus modul latihan sedia ada bagi memastikan setiap pegawai dan anggota PDRM lebih kompeten.
“Mungkin kita akan ambil 20 peratus mereka yang mempunyai latar belakang asas teknologi, kejuruteraan atau sebagainya,” ujar beliau.
“Ini yang Bahagian Latihan akan buat dan fikirkan. Mungkin mereka akan berbincang sendiri dengan pengarah-pengarah setiap jabatan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengenai modul latihan yang perlu ada.
“Selain mewujudkan satu komuniti kecil yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri bagi membincangkan modul-modul latihan yang perlu mengikut kesesuaian semasa,” jelasnya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 03 Aug 2023 4.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM