Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tidak Berkompromi Dengan Anggota Terlibat Kes Rasuah Kpn

Diterbitkan: 12 Jan 2023 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menurutnya, dalam hal ini, sekiranya ada mana-mana pegawai masih tersasar dan tidak kembali ke jalan yang benar, penyelia perlu memainkan peranan untuk mendokumentasikan salah laku mereka secara sistematik mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tidak-berkompromi-dengan-anggota-terlibat-kes-rasuah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:51 MYT
Menurutnya, dalam hal ini, sekiranya ada mana-mana pegawai masih tersasar dan tidak kembali ke jalan yang benar, penyelia perlu memainkan peranan untuk mendokumentasikan salah laku mereka secara sistematik mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan.
 
“Kita tidak boleh dan tidak akan berkompromi kepada segelintir mereka yang ingkar. Ini bukan bertujuan untuk menzalimi, tetapi mereka sendiri menzalimi Pasukan.

“Kita tidak mahu majoriti terpalit dengan sikap hanya segolongan yang tidak menyayangi Pasukan ibarat setitik nila yang merosakkan sebelanga susu,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani mengucapkan syabas kepada majoriti anggotanya yang jujur, ikhlas dan komited dalam menjalankan tugas mereka walaupun tidak menerima sebarang pujian.

“Yakinlah setiap kejujuran dan keikhlasan pasti akan diberi balasan yang sebaik-baiknya kerana itu janji Allah SWT,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Oleh Muhaamad Hafis mhafis@hmetro.com.my Kuala Lampur segelintir sukar ikap 'Mereka sendiri zalimi pas

ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2023 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM