Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tekad Tangani Salah Laku Rasuah Dalam Pasukan

Published: 08 Jun 2023 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 Jun 2023 - Perbuatan salah laku rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditangani segera sebelum ia menjadi barah dan membinasakan pasukan, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tekad-tangani-salah-laku-rasuah-dalam-pasukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:17 MYT
Kuala Lumpur, 8 Jun 2023 - Perbuatan salah laku rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditangani segera sebelum ia menjadi barah dan membinasakan pasukan, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Beliau menegaskan tidak akan melindungi atau cuba menyembunyikan sebarang bentuk kesalahan jenayah, salah laku, rasuah, mahupun pelanggaran disiplin dalam kalangan warga PDRM.
Katanya, tindakan tegas mengikut lunas undang-undang dan peraturan tetap akan diambil terhadap mana-mana warga pasukan yang didapati terbabit dengan kesalahan itu.
“Segala inisiatif dan langkah yang diambil untuk menangani salah laku dalam pasukan perlu disegerakan.
“Tindakan pembendungan dan pencegahan adalah lebih penting dan berkesan kerana kita tidak mahu ‘nasi menjadi bubur'' dan maruah pasukan akhirnya lebur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan KPN Jun 2023 anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 08 Jun 2023 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM