Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tekad Jadi Organisasi Disegani Beri Penyampaian Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat Kpn

Published: 20 Nov 2025 1.26 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tekad-jadi-organisasi-disegani-beri-penyampaian-perkhidmatan-terbaik-kepada-masyarakat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:39 MYT
Kuala Lumpur, 20 November 2025 - Pemantapan integriti menjadi fokus utama Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dalam usaha memartabatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai organisasi yang profesional dan disegani dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Dato' Sri Hj. Mohd Khalid berkata, sejak penubuhannya pada 25 Julai 2014, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) memainkan peranan dalam memastikan PDRM terus kekal sebagai sebuah organisasi penguat kuasaan yang berintegriti, berwibawa dan beretika.

“Lantaran itu, saya dengan rasa tanggungjawab mengangkat integriti sebagai Fokus Utama KPN dalam usaha memartabatkan PDRM.
“Saya yakin, selain inisiatif pemantapan dan pembudayaan integriti, program kerohanian dan sahsiah yang dianjurkan oleh JIPS juga berupaya mengukuhkan agenda kesejahteraan serta pemantapan budaya kerja sihat dalam kalangan warga Pasukan,” katanya pada perhimpunan bulanan PDRM, di Bukit Aman, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika ini, PDRM sedang giat membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Polis Diraja Malaysia berpandukan kepada Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional bagi memperkukuh integriti, tata kelola dan usaha pembanterasan rasuah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArticlePublished 20 Nov 2025 1.26 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM