Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tambah Anggota Di Sempadan Pengarah Jpjkk

Published: 18 Mar 2022 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Batu Pahat, 18 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jumlah pegawai dan anggota di semua sempadan negara bagi mengawal kemasukan pengembara ke Malaysia mulai 1 April ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tambah-anggota-di-sempadan-pengarah-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT
Batu Pahat, 18 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jumlah pegawai dan anggota di semua sempadan negara bagi mengawal kemasukan pengembara ke Malaysia mulai 1 April ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail, berkata langkah itu bertujuan memastikan pengembara mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan Malaysia.

"JPJKK akan sentiasa berhubung dengan jabatan lain, termasuk Bukit Aman bagi memastikan penguatkuasaan SOP dapat dilaksanakan.

"Apabila pintu masuk negara dibuka, ramai pelancong atau pengembara yang akan datang masuk dan mereka perlu mematuhi SOP, seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Istiadat Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
 
 
ArticlePublished 18 Mar 2022 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM