Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Sedia Ambil Tindakan Jika Ada Maklumat

Diterbitkan: 31 May 2023 4.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 31 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia mengambil tindakan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan isu penyelewengan diesel subsidi nelayan sehingga mengakibatkan kerugian kepada negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-sedia-ambil-tindakan-jika-ada-maklumat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:58 MYT
Petaling Jaya, 31 Mei 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia mengambil tindakan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan isu penyelewengan diesel subsidi nelayan sehingga mengakibatkan kerugian kepada negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi membanteras isu ketirisan barang bersubsidi termasuk minyak diesel.

“Walau bagaimanapun, isu ini di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jika ada maklumat dan laporan, pihak polis atau di bawah Jabatan KDNKA sedia melakukan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 31 May 2023 4.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM