
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Saring Penempatan Jawatan Di D7 Dan Narkotik Kpn
Kuala Lumpur, 16 November 2020 - Satu jawatankuasa khas dibentuk oleh Jabatan Pengurusan Bukit Aman untuk menyaring semua pegawai dan anggota yang bakal ditemp...
Kuala Lumpur, 16 November 2020 - Satu jawatankuasa khas dibentuk oleh Jabatan Pengurusan Bukit Aman untuk menyaring semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Saringan ini bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di bahagian yang mudah terdedah kepada unsur penyelewengan membabitkan rasuah, mempunyai integriti yang tinggi sebelum layak untuk bertugas di bahagian berkenaan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya kini dalam proses menukarkan segelintir pegawai dan anggota dari D7 dan Narkotik yang disyaki mengambil kesempatan daripada sindiket tertentu atau penjenayah yang menjalankan kegiatan perjudian dan dadah.
"Proses saringan ini membabitkan peringkat Bukit Aman, kontinjen dan daerah. Untuk peringkat permulaan tumpuan utama kita adalah di sekitar Lembah Klang, terutama Kuala Lumpur.
"Ini adalah amat penting bagi memastikan Kuala Lumpur dapat dibersihkan daripada elemen pegawai dan anggota yang menyeleweng serta memberikan imej yang tidak baik kepada pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM)," katanya kepada BH.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber:
Berita Harian Online