
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Saran Syarat Khas Warga Emas Perbaharui Lesen
Kuala Lumpur, 25 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar kerajaan memperkenalkan syarat khas buat warga emas sebelum mereka dibenarkan u...
Kuala Lumpur, 25 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar kerajaan memperkenalkan syarat khas buat warga emas sebelum mereka dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias berkata, langkah tersebut perlu diambil untuk menjaga keselamatan golongan itu termasuk pengguna jalan raya yang lain.
"Kita lihat kes-kes memandu melawan arus sudah menjadi seperti satu trend pula yang mana ada juga kes melibatkan orang tua berusia 60 dan 70 tahun ke atas.
"Warga emas ada yang mempunyai penyakit mudah lupa atau nyanyuk dan kebanyakan kes lawan arus melibatkan golongan ini disebabkan salah masuk jalan," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat.
Memperincikan syarat khas itu, Dato' Azisman berkata, golongan warga emas perlu mempunyai pengesahan daripada doktor yang menyatakan mereka mampu untuk memandu dari segi mental dan fizikal.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.