Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Rancang Bina Dua Pusat K9 Di Manjung Dan Pengkalan Hulu

Diterbitkan: 15 Jun 2022 2.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan dua pusat Unit Anjing Pengesan (K9) di Manjung dan Pengkalan Hulu ekoran kedua-dua lokasi itu dilihat sebagai strategik kerana terletak di lokasi pelancongan serta sempadan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-rancang-bina-dua-pusat-k9-di-manjung-dan-pengkalan-hulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:31 MYT
Ipoh, 15 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan dua pusat Unit Anjing Pengesan (K9) di Manjung dan Pengkalan Hulu ekoran kedua-dua lokasi itu dilihat sebagai strategik kerana terletak di lokasi pelancongan serta sempadan negara.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini, Unit K9 Kontinjen Perak hanya terdapat di Ipoh dengan empat ekor anjing.

"Saya difahamkan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merancang untuk membina dua lagi Unit K9 di Manjung dan Pengkalan Hulu," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.

Pada majlis itu, dua ekor anjing pengesan yang dikenali sebagai Chulio dan Rocky antara 66 penerima pingat serta surat penghargaan.

Anjing jenis German Shepherd itu menerima penghargaan atas kejayaan mengesan orang hilang di Tronoh pada Mei lalu dan Ulu Geruntum, Gopeng, Januari lalu.

Menurutnya, Rocky dan Chulio serta pengendali mereka diberi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang kerana membantu pasukan polis dalam operasi mengesan orang hilang.

"Anjing polis ini telah dilatih bagi mengesan pelbagai bau sasaran termasuk dadah dan juga bahan letupan," katanya.

Sumber: Kosmo

May be an image of 3 people, animal and text
ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2022 2.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM