Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Pertahan Gelaran Bot Naga

Published: 08 Oct 2023 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 8 Oktober 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ramalan apabila mempertahankan kejuaraan dalam saingan bot naga kategori terbuka di Kejohanan Varsity Boat Race (VBR) 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-pertahan-gelaran-bot-naga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT
Putrajaya, 8 Oktober 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ramalan apabila mempertahankan kejuaraan dalam saingan bot naga kategori terbuka di Kejohanan Varsity Boat Race (VBR) 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, semalam.

PDRM adalah juara pada edisi 2019 sebelum VBR tidak dapat dianjurkan selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19.

Pasukan itu membuktikan penguasaan mereka apabila menjadi yang pertama melintasi garisan penamat pada aksi final dengan catatan masa 2 minit 31.62 saat (s) mengatasi Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) yang berada di kedudukan kedua dengan 2:35.02s. Tempat ketiga menjadi milik Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan catatan 2:36.87s.

Ketua jurulatih PDRM, Koperal Nur Sahwan Hasim, berkata pasukan itu sememangnya menyasarkan untuk mengekalkan kejuaraan mereka pada edisi kali ini.

“Untuk perlumbaan hari ini (semalam), saya memang berpuas hati prestasi yang ditunjukkan oleh semua kru dan membolehkan kami mencapai kemenangan.

"Kami memang sasarkan untuk menjadi juara sekali lagi tetapi pada masa yang sama kami tidak memandang mudah kemampuan pencabar lain yang memberikan tentangan sengit,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, boat and text that says 'Lebih 500 peserta meriahkan VBR 2023 di Putrajaya PDRM pertahan gelaran bot naga Oleh Helmi Talkah he
ArticlePublished 08 Oct 2023 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM