
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Mahu Gaji Permulaan Konstabel Selaras Gaji Minimum Kpn
Ipoh, 8 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan tangga gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat konstabel pada mas...
Ipoh, 8 Oktober 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan tangga gaji permulaan bagi anggota polis berpangkat konstabel pada masa ini adalah di bawah kadar paras pelaksanaan gaji minimum RM1,500 iaitu RM1,441.
Tan Sri Razarudin berkata, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.
“Buat masa ini, bagi anggota berpangkat konstabel baharu yang keluar (menamatkan latihan), gaji mereka RM1,441,” katanya.
Katanya, polis turut mencadangkan kenaikan 30 peratus daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) atau pemberian satu KGT secara oneof.
Cadangan itu membabitkan semua peringkat skim gaji PDRM, iaitu Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli, serta Skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.