Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Panggil Pengurusan Kedai Serbaneka Berkait Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Published: 19 Mar 2024 4.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Beberapa individu termasuk pengurusan kedai serbaneka, KK Super Mart akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan Allah yang tular.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-panggil-pengurusan-kedai-serbaneka-berkait-isu-stokin-tertera-kalimah-allah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Kuala Lumpur, 19 Mac 2024 - Beberapa individu termasuk pengurusan kedai serbaneka, KK Super Mart akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan Allah yang tular.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.
“Siasatan sedang dijalankan, kita semua akan panggil saksi-saksi berkaitan dengan kes ini,” katanya dihubungi, semalam.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan akan terus menjalankan siasatan berhubung penjualan stoking yang tertera tulisan Allah.
Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh KK Super Mart dan vendornya.

Kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, ia bagi menangani isu yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran awam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 19 Mar 2024 4.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM