Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kukuh Kerjasama Dengan Thailand Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 27 Apr 2022 7.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 27 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan terutamanya kegiatan penyeludupan antara kedua-dua negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-kukuh-kerjasama-dengan-thailand-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
Pasir Mas, 27 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan terutamanya kegiatan penyeludupan antara kedua-dua negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, kerjasama antara kedua-dua negara berupaya membantu dalam membendung kegiatan berkenaan menerusi perkongsian maklumat.
Menurutnya, ia sekali gus membolehkan tindakan segera dapat dijalankan oleh PDRM dalam mengatasi masalah tersebut.
"PDRM akan duduk semeja dengan pihak berkuasa Thailand bagi membincangkan perkara berkait penugasan dan kawalan sempadan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
"Hubungan antara dua negara diperkukuhkan lagi dengan rondaan bersama di kawasan sempadan," katanya semasa hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Markas Taktikal Lubok Stol, di sini kelmarin.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo Online.

 
ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2022 7.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM