Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kesan Jual Beli Sijil Palsu Vaksin Covid 19 Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kepada Polis Pengarah Jsjk

Published: 12 Jan 2022 1.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Polis masih menjalankan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu yang ada menjalankan kegiatan menjual sijil vaksin COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-kesan-jual-beli-sijil-palsu-vaksin-covid-19-seru-orang-ramai-salur-maklumat-kepada-polis-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:00 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kesan Jual Beli Sijil Palsu Vaksin Covid 19 Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kepada Polis Pengarah Jsjk
Home / Article / Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kesan Jual Beli Sijil Palsu Vaksin Covid 19 Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kepada Polis Pengarah Jsjk
Back to Library
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Kesan Jual Beli Sijil Palsu Vaksin Covid 19 Seru Orang Ramai Salur Maklumat Kepada Polis Pengarah Jsjk

Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Polis masih menjalankan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu yang ada menjalankan kegiatan menjual sijil...
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Polis masih menjalankan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu yang ada menjalankan kegiatan menjual sijil vaksin COVID-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini, hanya satu kes dikesan berkaitan penawaran sijil vaksin palsu.

"Polis mengesahkan penahanan seorang pengamal perubatan yang dikesan menjalankan aktiviti penjualan sijil vaksin COVID-19 tanpa memberikan suntikan vaksin sebenar.

LeIaki berusia 51 tahun itu ditahan di Marang, Terengganu dan kini direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan. Setakat ini, hanya satu kes dikesan berkaitan aktiviti penawaran sijil vaksin palsu.

"Bagaimanapun, polis sedang melakukan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu yang mungkin menjalankan aktiviti berkenaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan seumpama itu boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 12 Jan 2022 1.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM